Sunday, September 7, 2008
PENGALAMAN MANIS MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL DI COMPUTER SYSTEM ADVISERS(M) BHD ( CSA )
Saya Nurul Syahirah Binti Isa ialah pelajar Politeknik Kota Kuala Terengganu..Pada 14 Julai 2008 merupakan hari yang tidak dapat saya lupakan kerana pada hari tersebut saya akan menjalani latihan praktikal di Computer System Advisers(M) Bhd ( CSA )...Saya memilih syarikat tersebut adalah kerana ingin mengetahui lebih mendalam tentang bidang IT kerana ia sesuai dengan jurusan yang saya ambil di politeknik iaitu Sijil Teknologi Maklumat...Tujuan saya menjalani latihan praktikal adalah kerana ingin mengetahui tentang maklumat berkaitan dengan dunia IT dan ingin merasai alam pekerjaan...Syarikat CSA di K.TRG mempunyai 4 orang kakitangan termasuklah bos iaitu Encik Ros Amizian...Selain bos,syarikat itu mempunyai 2 orang staf iaitu Encik Ahmad Rafzi dan Encik Zaid manakala setiausaha syarikat itu ialah Puan Noraini....
LATAR BELAKANG TENTANG COMPUTER SYSTEM ADVISERS(M) BHD ( CSA )
Syarika CSA bermula pada tahun 1971 adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada syarikat untuk melahirkan satu dunia komputer yang baru.. Sejarah yang berwarna-warni CSA dimulakan dalam 1971.Di Kuala Terengganu Syarikat Computer Advisers(M) Bhd atau ( CSA )terletak di Jalan Sultan Sulaiman...Syarikat ini banyak berurusan dengan bank-bank....Syarikat CSA hanya mempunyai 4 orang pekerja di Kuala Terengganu dan hanya terdapat satu cawangan...
Staf- staf di Computer System Advisers(M) Bhd ( CSA ) di Kuala Terengganu
Syarikat Computer System Advisers(M) Bhd di Kuala Terengganu mempunyai 4 orang staf iaitu Encik Ros Amizian bin Omar (bos), Noraini binti Bidin (Kak Ani), Encik Rafzi bin Mohamed@Ramli (staf), dan Encik Zaid bin Mohd Razali@Awang.......
ENCIK ROS AMIZIAN BIN OMAR ( BOS )
.jpg)
Ini adalah bos di Syarikat CSA iaitu Encik Ros Amizian bin Omar atau lebih dikenali sebagai bos....Semua staf di CSA sangat menghormati bos kerana beliau sangat komitmen dalam kerja dan tidak membuat kerja sambil lewa.....Bos berasal dari Pengadang Baru....Bos sangat prihatin terhadap pekerjanya dan mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan pekerjanya....Beliau seorang yang kelakar dan selalu memberi nasihat yang berguna kepada pelajar praktikal supaya dapat pergi jauh kepada bidang yang diceburinya....
NORAINI BINTI BIDIN (SETIAUSAHA)
.jpg)
Ini pula ialah Noraini Binti Bidin atau lebih dikenali sebagai Kak Ani Di kalangan semua staf di CSA...Kak Ani merupakan setiausaha kepada bos....Kak Ani berasal dari Kuala Terengganu dan sekarang telah menetap di Kampung Losong...Beliau seorang yang sangat cekap dalam menjalankan tugas yang di amanahkan oleh bos....Kak Ani juga satu-satunya pekerja perempuan yang bekerja di CSA...Kak Ani seorang yang baik hati dan peramah....
ENCIK AHMAD RAFZI BIN MOHAMED@RAMLI
.jpg)
Di syarikat CSA mempunyai 2 orang staf yang bekerja......Ini ialah Encik Ahmad Rafzi bin Mohamed@Ramli atau lebih mesra dipanggil dengan Abang Jack.....Abang Jack merupakan staf yang bekerja lebih lama dari Abang Zaid iaitu selama 15 tahun di CSA.....Abang Jack berasal dari Gong Badak.....Abang Jack merupakan seorang yang pendiam dan kurang bercakap dengan pelajar praktikal...Beliau akan bercakap dengan pelajar praktikal apabila perlu sahaja...
ENCIK ZAID BIN MOHD RAZALI@AWANG

Ini pula Encik Zaid bin Mohd Razali@Awang atau lebih di kenali sebagai Abang Zaid dikalangan pelajar praktikal....Abang Zaid merupakan staf di CSA dan telah bekerja dengan CSA selama 10 tahun....Abang Zaid berasal dari Kampung Padang Kemunting dan sekarang menetap di Tok Jembal... Abang Zaid seorang yang periang dan mudah mesra dengan pelajar praktikal....Abang Zaid juga pandai membuat lawak dan kami senang bergaul dengannya.....
Subscribe to:
Posts (Atom)