Sunday, September 7, 2008

PENGALAMAN MANIS MENJALANI LATIHAN PRAKTIKAL DI COMPUTER SYSTEM ADVISERS(M) BHD ( CSA )

Saya Nurul Syahirah Binti Isa ialah pelajar Politeknik Kota Kuala Terengganu..Pada 14 Julai 2008 merupakan hari yang tidak dapat saya lupakan kerana pada hari tersebut saya akan menjalani latihan praktikal di Computer System Advisers(M) Bhd ( CSA )...Saya memilih syarikat tersebut adalah kerana ingin mengetahui lebih mendalam tentang bidang IT kerana ia sesuai dengan jurusan yang saya ambil di politeknik iaitu Sijil Teknologi Maklumat...Tujuan saya menjalani latihan praktikal adalah kerana ingin mengetahui tentang maklumat berkaitan dengan dunia IT dan ingin merasai alam pekerjaan...Syarikat CSA di K.TRG mempunyai 4 orang kakitangan termasuklah bos iaitu Encik Ros Amizian...Selain bos,syarikat itu mempunyai 2 orang staf iaitu Encik Ahmad Rafzi dan Encik Zaid manakala setiausaha syarikat itu ialah Puan Noraini....

No comments: