Sunday, September 7, 2008

Pelajar-pelajar praktikal di CSA

Pada tanggal 14 Julai 2008,syarikat CSA di Kuala Terengganu telah mengambil 5 orang pelajar dari Politeknik Kota Kuala Terengganu dan Kolej Cosmopoint untuk menjalani Latihan Industri.....Tujuan CSA mengambil pelajar praktikal adalah untuk mendedahkan pelajar kepada dunia IT supaya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang Teknologi Maklumat.....

AHMAD SYUKRI BIN CHE MOHD


Empunya gambar ini ialah Ahmad Syukri Bin Che Mohd atau lebih di kenali sebagai Syukri dikalangan semua staf di CSA.....Syukri merupakan pelajar di Kolej Cosmopoint dan merupakan satu-satunya pelajar praktikal lelaki yang membuat latihan praktikal di CSA....Syukri merupakan seorang yang pendiam dan tidak bergaul dengan pelajar praktikal perempuan dan suka menyendiri....

NURUL SYAHIRAH BINTI ISA


Sekarang tiba giliran diri saya untuk menceritakan tentang saya di CSA.....Saya ialah Nurul Syahirah Binti Isa atau dikenali sebagai Irah di kalangan rakan-rakan dan staf di CSA.....Saya merupakan pelajar di Politeknik Kota Kuala Terengganu yang menjalani latihan praktikal di CSA bagi semester 3....Tujuan saya memilih Syarikat CSA adalah kerana saya ingin mengetahui tentang dunia IT dan merasai alam pekerjaan...Saya merupakan seorang yang baik hati dan agak pendiam di kalangan semua pelajar praktikal........

SHUHADA BINTI YUNUS


Shuhada binti Yunus atau lebih dikenali sebagai Padang Kemunting dikalangan bos dan sada dikalangan staf....hehe...Sada merupakan pelajar di Politeknik Kota Kuala Terengganu dan ia juga merupakan pelajar yang menjalani latihan praktikal di CSA...Beliau berasal dari Kampung Padang Kemunting....Sada seorang yang pendiam dan selalu ketawa....

NURUL FATIHAH BINTI JAAFAR


Ini ialah Nurul Fatihah binti Jaafar atau lebih dikenali dengan panggilan Nurul di kalangan semua staf di CSA...Nurul berasal dari Kampung Ladang dan juga merupakan pelajar Politeknik Kota Kuala Terengganu...Nurul adalah seorang yang lemah lembut dan juga peramah dengan semua orang...

SITI NORAIN BIN RAZALI


Ini pula ialah Siti Norain binti Razali atau lebih dikenali sebagai Ain merupakan pelajar praktikal di CSA...Ain berasal dari Jerangau..Ain merupakan pelajar Politeknik Kota Kuala Terengganu yang menjalani latihan praktikal di CSA...Beliau merupakan seorang yang peramah dengan semua staf di CSA...